KUCHING, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Openg menghadiri Majlis Penyerahan Insentif Kepada Atlet Sarawak yang memenangi pingat di Tokyo 2020 Paralympic di pejabatnya petang ini tadi.
Dalam ucapan ringkasnya, Ketua Menteri menzahirkan rasa bangga atas pencapaian atlet-atlet dari Sarawak yang telah berjaya mengharumkan nama Sarawak di mata dunia.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan majlis penyerahan insentif oleh YAB Ketua Menteri kepada Bonnie Bunyau anak Gustin yang mendapat Pingat Emas dalam acara Powerlifting di Tokyo Paralympic 2020 dengan jumlah insentif berjumlah RM 500,000.00 dan Jong Yee Khie yang mengharumkan Sarawak dengan mendapat pingat Perak dalam acara yang sama menerima insentif berjumlah RM 300,000.00.
Hadir sama di majlis berkenaan adalah Menteri Belia dan Sukan Sarawak, YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Kebajikaan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita , Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.
Sumber dari : Sarawakku